
Ditubuhkan | 1959 |
---|---|
Dirasmikan | 27 Julai 1964 |
Jenis | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Kod sekolah | BEA6041 |
Lokasi | Jalan Raja Chulan SABAK BERNAM, Selangor, ![]() |
Telefon | 332161275 |
Faks | 332163640 |
BILAKAH SMK UNGKU AZIZ DIBINA???????
→SMK Ungku Aziz (SMKUA) berasal dari sekolah menengah kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1959.
MENGAPAKAH SEKOLAH INI DIBINA?????????
→Rasional penubuhan SMK adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan cita-cita Bahasa Kebangsaan selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Ia juga bertujuan untuk menempatkan murid-murid luar bandar yang tidak mampu bersekolah di bandar.
→Pada awal tahun 1961, kumpulan pertama pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah. Bangunan baru sekolah menengah siap dibina pada tahun 1963 dan buat pertama kalinya pelajar sekolah ini mengambil peeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
BILA SMK UNGKU AZIZ DIRASMIKAN??????
→Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Talib, PJK. Pada 18 Julai 1970 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Ungku Aziz kerana pada masa itu sudah banyak sekolah menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan.
→ Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh pendidikan yang terkenal pada masa itu, iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz , Naib Chanselor Universiti Malaya. Professor Diraja Ungku Aziz sendiri telah merasmikan upacara pertukaran nama tersebut.
Pada 18 Julai 1985, SMKUA telah menyambut Jubli Perak, yang telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Yunus Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1992, SM KUA telah mendapat anugerah” SEKOLAH HARAPAN NEGARA” Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Pada 7 November 2009, sambutan Jubli Emas diadakan dan dirasmikan oleh Dato Dr Anwar Ridhwan, sasterawan Negara. Mulai tahun 2011 sebuah bangunan baru 4 tingkat menempatkan 3 buah makmal sains, makmal ERT dan 16 bilik darjah mula beroperasi.
Ulasan
Catat Ulasan